Skip to main content

7 artis remaja lelaki pujaan ramai


Saban hari ada saja kelahiran pendatang baru di lapangan seni hiburan. Baik wanita mahupun lelaki. Sejak dari tahun lalu landasan nyanyian didominasi oleh golongan lelaki terutamanya remaja.

Tidak terletak pada rupa semata-mata, namun bakat suara yang ada membuatkan mereka ini dipuja. Mana tidaknya, suara mendayu-dayu lepas tu muka jambu dan rajin 'dermakan' mini love. Sukalah wahai si gadiss!

1. Mohd Khairul Baharuddin, 23 (Khai Bahar)

Bermula dari applikasi Smule kemudian popular secara mendadak menerusi single pertama Bayang. Bagaimanapun, permulaan setahun lalu agak mencabar dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi mengenai dirinya.

Hari silih berganti pelantun lagu Dari Jauh Saja ini semakin matang, pandai menjawab soalan media, tidak malu untuk bercakap serta pandai bergaya. Perkembangan terkini, baru saja keluar single terbaru berjudul Luluh dan pada tahun ini saja sudah menggondol 3 anugerah di Anugerah MeleTop. Tahniah Khai.


2. Mohammad Aiman Yusri, 19 (Aiman Tino)

Pemilik nama ini sememangnya selalu menjadi buruan gadis mungkin kerana memilik tubuh yang genit dan wajah yanh comel. Tambahan pula, mempunyai suara emas dengan lagu Ku Rela Dibenci, Permata Cinta, Ku Hanya Sayang Padamu dan Lara Dalam Kerinduan.

Menarik lagi, Aiman Tino atau nama manjanya Manno mempunyai 9 adik beradik. Ramai kan you all.


3. Tajul Arif Noor Md. Shari, 19 (Tajul)

Bakat yang dicungkil sejak kecil ini popular dengan single Sedalam Dalam Rindu dan pernah menjadi sebahagian kumpulan nasyid Akhdan dibawah syarikat rakaman Hijjaz Records.
Tajul juga merupakan adik kepada arwah Allahyarham Achik Spin.

Baca: Surat terbuka Ben Ali kepada kerajaan


4. Putera Band

Jika dulu kita ada remaja belasan tahun seperti New Boys dan Qface, sekarang kembali lagi dengan Putera Band diwakili oleh empat orang anggota vokalis (Haziq), gitaris (Baby), gitaris 2 (Aidid) dan drumer (Alip). Band ini popular menerusi lagu Rebahku Tanpamu. Manakala single terbaru mereka ialah Tersiksa.


5. Ridzuan Haqiem Rusli, 18 (Haqiem Rusli)

Pendatang baru nama yang sedang meningkat naik ini pula famous dengan lagu Segalanya dan Tergantung Sepi. Pernah dikritik oleh netizen kerana hanya ada rupa paras namun anak muda ini tidak ambil pusing dan berdiri dengan bakat sendiri.


6. Ismail Izzani, 17

Bekas juara pertandingan YouTube kini mula mengukir nama di arena seni suara dan lagu ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn, berjudul Sabar semakin mendapat tempat dihati pendengar.


7. Irfan Harris Othman, 15 (Irfan Haris)


Bintang baru, popular menerusi lagu Redha yang juga merupakan lagu tema drama hit Suri Hati Pilot lakonan #Lofattah. Untuk rekod, Irfan juga merupakan adik kepada pelantun lagu Jaga-Jaga, Amiraa Othman

Comments