Skip to main content

Ada sebab lain kenapa Madonna berpindah ke Portugal


Tindakan bintang ternama luar negara, Madonna Louise Ciccone, yang berpindah ke Lisbon, Portugal, baru-baru ini disebabkan hubungan erat antara anak dan sebagai seorang ibu.

Menurut sebuah laporan hiburan luar negara menulis, Madonna, 59, memberitahu perpindahannya ke negara tersebut kerana anaknya David Banda, 11, terlibat dengan kelab pasukan bola sepak Benfica.

Sementara itu, majalah hiburan Belanda turut mengesahkan berita tersebut.

Baca: 7 artis remaja lelaki pujaan ramai

Madonna bukan lagi seorang pelancong - tulis majalah hiburan Belanda.

Pada masa sama, Madonna juga meneruskan karier lakonan untuk projek filem dan muziknya di negara berkenaan.


Untuk rekod, anak angkat lelaki Madonna merupakan pasangan kembar Mercy James, 11, yang berasal dari Malawi, sejak dari tahun 2006 dan 2009. Dua lagi pasangan kembar Eshter dan Stella, 4.



Jika seorang ibu kandung pun berat untuk berpisah dengan anaknya, inikan pula hubungan Madonna dengan anak angkatnya bagaikan 'kuku dengan isi'.

#Foxnews

Comments