Skip to main content

Adam Corrie dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor

Sempena tahun baru kalendar Islam, selebriti terkenal Adam Corrie, dipercayai telah menerima penghargaan sebagai Tokoh Maal Hijrah atas sumbangan kerja dakwah yang pernah dilakukannya.

Coret Adam Corrie Lee Abdullah, 49, menerusi Facebook;

Alhamdulillah , saya telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah - Saudara Kita peringkat Negeri Selangor .
.
Sejujurnya saya rasa saya belum layak menerima anugerah ini. Lebih ramai Saudara Baru yang layak menerimanya. Tetapi alhamdulillah saya tetap bersyukur atas rezeki ini.
.
Semoga dengan anugerah ini memberi saya semangat untuk terus menyambung dakwah Rasulullah SAW hingga akhir hayat saya.
Alhamdulillah
.
Salam Maal Hijrah 1439h buat semua.
#adamcorrie
#maalhijrah
Rata-rata ramai yang menghujani ruang komen Adam dengan ucapan tahniah dan pemangkin semangat buat saudara baru lain. Tahniah, contoh yang baik buat kita semua.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
#FB Adam Corrie

Comments