Skip to main content

Apa kata Scha Alyahya tentang Hero Remaja 2017


Pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya melihat pembabitan 20 peserta Hero Remaja 2017 ada di antara mereka yang tidak fokus dalam misi pencarian HR 2017.

Scha, 34, selaku hos dan juri tidak menafikan ada juga peserta yang memberikan sepenuh tumpuan untuk merebut satu gelaran HR 2017.
Sebagai orang industri saya nampak mereka sebenarnya betul-betul mahu jadi public figure.
Bila ditanya mereka menjawab nak buat bisnes, cuma nak ambil status ini sebagai landasan untuk melonjakkan nama.


Baca: "Scha teringin sangat..." - Scha Alyahya
Tambahan lagi, saya nampak ada karakter yang nak jadi seorang artis dan ada juga yang serius, namun ada yang lost.
Mendalami episod peserta yang lost itu, alumni Dewi Remaja 2005/2006 ini berkongsi dengan lebih lanjut bahawa mereka yang lemah sentiasa ada bantuan dari kalangan orang industri.
Pun begitu, yang kosong ini lah sentiasa mendapat sportlight. Dulu saya pun tidak bagus mana hanya rezeki di final.
Ujar Scha kepada Sensation2u ketika menghadiri majlis pembukaan Butik Scha-Wal sekali gus memperkenalkan dua lagi wangian baru bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Comments