Skip to main content

Awal Ashaari: Lara Alana ada kuasa tersendiri



Baru-baru ini Sensation2u menerima jemputan ke acara perasmian pembukaan Butik Scha-Wal bertempat di Jakel Mall, sekali gus pasangan pengacara popular itu turut memperkenalkan dua lagi wangian terbaru mereka.

Terdahulu pihak media ada mengajukan soalan samada pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari mengapa tidak memperkenalkan mahupun menggunakan nama Lara Alana itu sendiri sebagai salah satu produk mereka di Butik berkenaan.

Baca:  Siapa pula Noir di hati Awal Ashaari?

Bagaimanapun, Scha hanya mampu tersenyum dan hanya memandang Awal. Jelas Awal yang positif melihat masa depan anaknya berkata, Lara mempunyai kuasa tersendiri.
Saya melihat anak kami mempunyai potensi yang besar pada masa depannya nanti. Ini kerana pernah dalam satu situasi kami seperti biasa terbuka menerima hadiah daripada peminat yang memberikan kepada Lara.
Bila kami dah pakaikan Lara dan kami tag nama si pemberi, tanpa dijangka kami telah membantu jualan si pemberi dengan hanya 'sekelip mata'. Katanya barang jualan kanak-kanak mereka sudah sebulan tidak terjual dan apabila ramai melihat Lara pakai, esoknya jualan mereka habis.
Baca: "Scha teringin sangat..." - Scha Alyahya

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on
Tambah pasangan itu, mereka akan menimbangkan mengenai perkara yang diajukan pihak media pada masa yang sesuai berikutan mereka mahu memberikan sepenuh tumpuan terlebih dulu kepada perancangan mereka sekarang.

Dari pihak Sensation2u sekali lagi mengucapkan tahniah di atas kejayaan hari ini. Semoga terus maju.

Comments