Skip to main content

Awas! Badut hodoh ini boleh jadi berada di kediaman anda, ini tandanya...


Apa yang paling anda takuti dalam hidup maka dinasihatkan dengan kadar segera cari jalan untuk memberanikan diri jika tidak mahu dihantui.

Sebuah filem seram IT arahan Andres Muschietti, mengisahkan di sebuah pekan yang mempunyai sejarah silam yang menakutkan.

Mungkin ini juga berlaku di kediaman anda? Ya atau sebaliknya mungkin badut hodoh ini akan menjelmakan dirinya. Awas!


Derry di Maine, Amerika Syarikat, inilah nama kawasan tempat tinggal yang dipercayai ramai kanak-kanak dan segelintir orang dewasa lenyap tanpa jejak.

Baca: Surat terbuka Ben Ali kepada kerajaan

Sekumpulan sahabat kanak-kanak mengambil keputusan untuk membongkar kejadian aneh tersebut apabila salah seorang adik mereka difahamkan juga mengalami nasib malang yang sama.

Sejauh mana keberanian mereka dapat anda saksikan sendiri bermula 7 September 2017 di semua panggung wayang berhampiran anda.


Untuk tidak menghampakan, ini tandanya;
  1. Takut dengan mereka yang kerap membuli diri anda, maka badut ini akan menghantui hidup anda atau paling buruk, anda juga kemungkinan akan lenyap sama seperti mangsa lain.
  2. Sikap tidak bersatu dan tiada persefahaman antara sahabat, juga badut ini akan tampil menjadi mimpi paling ngeri anda.
  3. Cepat putus asa juga antara faktor mengundang badut ini menyusahkan hidup anda.
Kesimpulannya, bangkit dan lawan ketakutan dalam diri anda sendiri bukannya takut gagal kerana mencuba.

Comments