Skip to main content

Beto Kusyairi tidak meminta


Karya perlu diketengahkan kerana mereka adalah pewaris
Ujar pelakon terkenal, Beto Kusyairy ketika ditemu pada malam gala filem Bisik Pada Langit.

Terdahulu Nurkusyairy Zakuan Osman atau lebih mesra disapa sebagai Beto, memberitahu bahawa pembabitannya sebagai anak seni bukan sahaja sebagai seorang pelakon tetapi turut turun padang bagi membantu pelajar di peringkat universiti dalam penghasilan projek yang berkaitan dengan lakonan.

Mereka ini adalah pembikin yang sedia ada, kalau kita tak sokong siapa lagi yang akan sokong. 
Asalkan kita nampak ada pembaharuan, jadi perlulah kita bantu setakat yang termampu.

Diajukan lagi adakah Beto, 37, akan mengenakan bayaran atas kerjasama yang diberikan itu, jawapnya:

Tertakluk kepada pelajar jika mereka mahu berikan token setakat yang termampu dan saya tidak meminta.
Bagaimanapun, token itu biarlah yang berbaloi dan logik. Sebab kita pun ada tanggungjawab yang hendak dibayar dan dijaga.
Terima kasih buat Beto kerana mempunyai rasa tanggungjawab lain selain bergelar anak seni. Semoga niat baik dan usaha Beto dapat memberikan pengajaran yang terbaik buat pelajar jurusan perfileman dan drama.

Comments