Skip to main content

Bukti Hael tetap berikan sokongan terhadap Azhar


Meskipun masing-masing sudah membawa hala tuju sendiri, namun itu bukanlah bermakna keakraban sebagai sahabat harus dilupakan ataupun seperti dakwaan liar mengatakan Azhar dan Hael sudah tidak ada persefahaman lagi.

AF Megastar 2017 baru saja membuka tirai dengan persembahan Homecoming atau konsert prelude sudah bermula.

Baca: 7 artis remaja lelaki pujaan ramai

Pada masa malam kejadian, dipercayai bahawa Hael Husaini Razmi atau Hael, hadir dan berada di belakang pentas sewaktu Mohd Azhar Osman, 29, bakal membuat persembahan sulungnya pada malam tersebut.

Pelantun lagu Jampi, 29, ternyata tampil memberikan sokongan dan semangat buat Azhar apabila Sensation2u berjaya mendapatkan screenshot ini.




Baca: Idayu dapat 'Standing Ovation'

Minggu lalu merupakan bahagian pertama di mana seramai 12 peserta, dan baki pula akan dimulakan pada 10 September ini ditempat yang sama Royal Theatre, Shah Alam.

Comments