Skip to main content

Dapat anak angkat ke kandung, tanya netizen


Pada awal bulan Ogos lalu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ada memuat naik sekeping foto beserta kapsyen memberitahu, sedang mencari sepasang anak angkat.

Malah berita tersebut turut dilaporkan menerusi mStar online.



Terkini, berita terbaru menerusi akaun yang sama, pengasas kosmetik D'Herbs terkenal itu telah berkongsi dua keping gambar beserta kapsyen bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Dek kerana terlalu teruja, dalam persediaan Aliff Syukri turut mewujudkan akaun IG sebagai galeri untuk tatapan peminat dan pengguna produknya.

Dikesempatan itu, ada segelintir netizen tanpa segan silu mengajukan soalan untuk mengesahkan berita gembira ini.

Baca: Ada sebab lain kenapa Madonna ke Portugal




Mengikut perkongsian Aliff Syukri, difahamkan usia kandungan bakal anak keempat itu sudah empat bulan. Dalam masa yang sama usahawan itu turut memberitahu jantina cahaya matanya adalah perempuan. Tengok saja pakaian new born pun dah bagi hint.




Meskipun ada yang bersikap serkap jarang, Aliff Syukri tidak melatah dan rata-rata peminat menghujani ruang komen dengan doa dan ucapan tahniah buat isteri Aliff Syukri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Benar atau tidak, perkara yang baik sama-samalah kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

#instagram Aliff Syukri

Comments