Skip to main content

Ditabur fitnah, Zara Zya maafkan individu misteri


Jadi mangsa cyberbully bukan pertama kali berlaku terhadap selebriti tanah air. Malang sekali aktres terkenal Zara Zya memberitahu bahawa dia dituduh kononnya muka cantik sebab buat pembedahan plastik.

Zara Zya memaklumkan sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam di mana ada individu misteri yang mengambil kesempatan cubaan menjatuhkan reputasinya.

Walau bagaimanapun, Zara Zya tidak mudah melatah dan dengan kadar segera memaafkan individu berkenaan. Mulia hati Zara Zya ni ya.

Pada masa sama, peminat terus memberikan kata-kata semangat dan doa buat aktres cantik itu agar bersabar dan kuat.

Baca: "Permainan gila apakah ini" - Nonny AF5

Bersabarlah Zara Zya berserah dan bertawakal saja, kata Ustaz Ustazah doa orang teranayai ini makbul.

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on
#instagram Zara Zya

Comments