Skip to main content

Emma Maembong tampilkan selendang arkib budaya

Bukan sahaja berbakat besar dalam seni lakonan, figura genit Emma Maembong hari ini menampilkan beberapa koleksi selendang cetusan idea kreatifnya sendiri.

Bakat terpendam wanita berusia 25 tahun itu akhirnya menjadi kenyataan setelah mendapat pelbagai reaksi positif daripada keluarga dan kenalan rapat.
Sebenarnya Emma dah lama meminati bidang melukis cuma masa belum mengizinkan untuk fokus ke arah sana.
Namun, kakak-kakak Emma yang mencadangkan untuk ketengahkan bakat Emma setelah melihat buku lakaran Emma yang sangat tebal untuk dicurahkan ke atas selendang agar kesenian ini dapat dikongsi bersama peminat Emma termasuklah peminat seni melukis.
Jadi dari titik itulah bermulanya perjalanan MySketchbookshawl. Prosesnya pula, hasil lakaran diaplikasi menerusi digital.
Lakaran kesenian Emma banyak berkaitan dengan kebudayaan. Ini kerana sejak kecil ayah selalu berpesan mengenai kekayaan budaya di Malaysia dan agar kita tidak melupakan asal usul kita.

Jelas Emma kepada Sensation2u ketika ditemui di sidang media sempena majlis pelancaran MySketchbookshawl by Emma Maembong bertempat di Ballroom, Quality Hotel, Kuala Lumpur.

Tidak ketinggalan buah hati pengarang jantung, Kamal Adli, 31, turut hadir memberikan sokongan. Malah siap jadi pengacara majlis! Vazz...
Saling melengkapi antara sama lain sangat pasangan ini.

Tahniah Emma, menjadikan sepasang tangan begitu berseni. Semoga Emma terus dihujani ilham yang bagus-bagus.

Comments