Skip to main content

Erwin Dawson kongsi hidup sebagai anak perantau


Hidup sebagai perantau adakalanya sukar dijangka. Ada masanya diduga dengan ombak badai, namun jiwa yang kuat memainkan peranan untuk terus hidup sebagai anak perantau.

Selaku pelakon berasal dari negara jiran Singapura ini, Erwin akur ada masanya dia terjejas dengan emosi sendiri.
Perasaan kita kan ada up and down which is unpredictable, entah putus cinta atau tiba-tiba keseorangan, yang rapat semuanya di sana, jadi macam mana?
Oleh itu, mental kita kena kuat, sebagai contoh kalau kita sedang melalui fasa bersedih biarlah kita ambil masa untuk seketika, menangislah... Tetapi sampai masanya cepat-cepatlah bangkit semula, janganlah biar diri anda terbiar sebegitu
Kadang-kadang mental orang tak kuat, macam saya sendiri akui kalau perkara itu baru jadi saya cepat emosi namun bila keadaan dan reda serta muhabasah diri balik. Jadi semua yang berlaku ini ada hikmahnya.
Ujar Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 26, ketika ditemui Sensation2u pada malam gala filem Bisik Pada Langit yang memegang watak sebagai Irwan yang bertangunggjawab menjaga Hajar lakonan Ummi Nazeera ketika berada di Pert, Australia.

Baca: Kasih bapa sehabis nyawa dalam filem Bisik Pada Langit

Macam dalam lagu 'Tergantung Sepi' nyanyi Haqiem Rusli pula fasa hidup Erwin ini. Tak mengapa Erwin liku-liku ini semua dugaan dan cabaran untuk kejayaan masa kelak.

Comments