Skip to main content

Fattah Amin aktifkan derma kilat Darul Quran Ittifaqiyah

Sensitif akan tragedi yang menimpa mangsa kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, pelakon popular drama rantaian Suri Hati Mr Pilot dan team bangkit bersama aktifkan derma kilat bagi membantu sekolah terbabit bermula malam tadi.

#Repost @thefa_team (@get_repost) ・・・ Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pada 14 September 2017, Malaysia dikejutkan satu berita yang amat menyayat hati. 23 orang yang terdiri daripada anak-anak dan guru dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah terkorban dalam kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz berkenaan. Amat-amat merobek hati kami kerana ada dikalangan anak-anak tersebut adalah anak kepada sahabat-sahabat kami 😭. Ya Allah, berat sungguh dugaan sahabat-sahabat kami ini. Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi ujian ini 😭. . . Ramai yang DM, whatsapp bertanyakan TheFATeam tak buat ker kutipan derma untuk pusat tahfiz nie? Alhamdulillah, ramai yang prihatin kepada mereka. Terima kasih Ya Allah, engkau kurniakan disekeliling kami mereka yang berhati mulia. Oleh demikian, setelah mendapat persetujuan daripada Fattah Amin, pada malam ini kami akan melancarkan #ProjekDermaDarulQuranIttifaqiyah bagi membantu meringankan beban mereka. . . Yang berhajat untuk memberi sumbangan bolehlah bank in kan sumbangan ke akaun : CIMB - 7601131029 (MASNI BINTI ABDULLAH SANI ) 017-241 9910 MAYBANK - 164221330421 (MIMI HAZLEENA JAAFAR) 016-252 3842 . . Setelah bank in kepada kami diharap korang dapat whatsapp kepada kami dan sertakan slip bagi tujuan kami membuat penyemakan. Moga usaha kecil ini, dapat meringankan beban mereka 😘 . . "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA - Surah Al-Baqarah Ayat 261" #ProjekDermaDarulQuranIttifaqiyah #ProjekAmalTheFATeam #FattahAmin #TheFATeam #TahfizDarulQuranIttifaqiyah NOTA KAKI : Sudi-sudilah repost post nie. Moga dengan repost nanti, ramai pihak yang sudi memberikan sumbangan 😊😘 @fattahaminz @fastyleasia @fastyleasia.management.2017
A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Ayuh ringankan tangan sama-sama kita beramal membantu sekolah tahfiz berkenaan.

Comments