Skip to main content

Faye Kusairi hamil pada masa berlumba kereta

Pelakon Faye Kusairi memberitahu kini sedang berbadan dua dan usia kehamilannya hampir memasuki yang ke tiga bulan.

Menariknya, diawal tanda-tanda dan mula mendapat tahu dirinya hamil adalah pada masa berlumba kereta di Thailand, bulan lalu.

Pun begitu, tiada apa-apa yang berlaku kerana Sensation2u difahamkan tubuh dan imunisasi Faye mempunyai daya ketahanan tersendiri.
Baca: Doktor tampan letak jawatan, ke mana selepas ini?
Saya baru dapat tahu sedang mengandung dan hampir tiga bulan, sebab tak lama lagi kena pergi jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut pada penghujung bulan September ini.
Dapat tahu rasanya masa saya tengah ada racing di Thailand (ketawa). Alhamdulillah tiada apa yang berlaku, maksudnya mungkin tubuh saya kuat atau macam mana kan...
Menurut doktor pada ketika itu kalau rasa larat teruskan kalau tidak, jangan... begitu juga pesan suami saya.
Ujar Faye ketika menghadiri malam gala tayangan perdana filem Tombiruo: Penunggu Rimba.

Tahniah buat Faye dan suami, Azmi Hatta. Didoakan semoga kandungan Faye sihat walafiat dan cukup sifat sampai bayi lahir nanti. Buat Faye jangan terlalu lincah sangat di litar tu, bawa-bawa berehat dulu ya.

Comments