Skip to main content

"Gaduh itu pasti bertengkar pasti ada" - Daus AF8


Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran mengenai bekas bintang Akademi Fantasia ke lapan (AF8) iaitu Daus Eli, rupa-rupanya mempunyai perancangan tersendiri.

Pemilik nama Muhd Shahril Firdaus Eli atau nama pentasnya Daus Eli tidak lama lagi bakal tampil dengan single ketiganya selepas hampir tujuh tahun tidak menerbitkan lagu terbaru.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Daus Eli, 29, akan muncul dengan buah tangan yang berjudul '1000 Rasa Cinta' yang kini sudah boleh didengari menerusi YouTube.

"Gaduh itu pasti bertengkar pasti ada" - merupakan antara bait lirik yang terdapat di dalam lagu tersebut.
Nantikan kemunculan single terbaru dari Daus Eli feat. Knowno Hornbill bertajuk 1000 Rasa Cinta yang akan dikeluarkan tidak lama lagi..lama dah hilang now nak muncul balik insyaAllah semoga semuanya dipermudahkan.. enjoy! 
Coret bapa kepada dua cahaya mata perempuan di akaun Instagramnya.

Pada masa sama ramai juga yang tertanya mengapa bekas pelajar AF8 ini tidak mencuba nasib di dalam AF MEGASTAR 2017, ini penjelasan sumber terbabit;
Sebab Daus tidak dapat melibatkan diri di pentas AF Megastar 2017 adalah kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap perancangan kariernya sekarang.
Terdahulu Daus Eli pernah meraih populariti menerusi single pertama berjudul 'Kenapa' (2010) diikuti single kedua 'Akhir Waktu' pada tahun 2011.

Mengenai kehidupan peribadinya pula, Daus kini bahagia disamping isterinya, Syaza Syamimi Jalaludin Khan, 30. Pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2013 dan dikurniakan dua orang puteri cantik dan sihat.

Artis : Daus Eli / Knowno Hornbill Tajuk : 1000 Rasa Cinta Komposer : Daus Eli Lirik : Daus Eli & Knowno Lirik : Chorus Berikan aku rasa kebahagian Berikan aku rasa kerinduan Berikan waktu walau seketika Beriku 1000 Rasa Cinta 1st verse Sungguh ku mencintai dirimu Ku rasa bahagia Demi cinta kini kian sunyi Sejak kau tiada Tuhan berikan aku kekuatan untuk memilikinya Tuhan jagakan dia untuk aku bersama dengannya.. *Chorus Berikan aku rasa kebahagian Berikan aku rasa kerinduan Berikan waktu walau seketika Beriku 1000 Rasa Cinta 2nd verse Andai kau jadi permaisuriku Kau lah yang bertahta di jiwa Dan tak mungkin aku persiakan Saat yang berharga Tuhan restu kan dan berkati lah Cinta ku dengan nya Moga kan berkekalan Kebahagian hingga ke akhirnya.. Rap : Apa rasa cinta Ingin aku tahu Apa rasa rindu bila lama tak bertemu Apa khabar sayang dah mandi atau makan Apa rasa senyum bila ditanya soalan Usap air matamu di bahu ku bersandar Tempat kau bercerita mengadu dan bermanja Sambut ulangtahun setiap hari setiap bulan Setiap kali jumpa macam waktu berkenalan Ku hanya akan buat Tak akan berjanji Tak mahu kau terluka bila janji ku mungkiri Gaduh itu pasti Bertengkar pasti ada Orang kata itu semua pahit manis dalam cinta Jika ingin rumah kita kena bina Jika ingin ia kukuh kita kena jaga Jodoh bertemuan itu rahsia dalam rahsia Ku kan terus berdoa agar bahagia sampai syurga! Bridge Tidak kah kau sedari Kau satu-satunya Hey.. Tak usah kau ragui Kau lah segalanya..oooooo.. Ulang Chorus *

#Instagram Daus Eli & Armd Ent

Comments