Skip to main content

Hentikan fitnah itu bukan Khai Bahar



Terbaru Sensation2u ada menerima satu kiriman bergambar yang tidak senonoh. Terkejut dibuatnya! Tengah minun teh tarik tiba-tiba masuk kiriman bergambar sebegitu rupa.

Manakan tidak gambar lelaki sejenis sedang nikmat bermadu asmara (cium mulut).
Kiriman tersebut adalah menerusi fans tegar pelantun lagu 'Luluh' dan segelintir daripada fans penyanyi muda itu ada juga yang mendakwa gambar tersebut mirip wajah Khai Bahar.

Baca: 7 artis remaja lelaki pujaan ramai
Bagi mengelakkan fitnah terus menular di media sosial, Sensation2u berjaya menghubungi Khai Bahar, 23, untuk mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan.

Itu bukan saya (sambil menunjukkan gambar sebenar). Kawan ada kirim sebab saya tanya juga mengenai dakwaan ini. Kisahnya, mereka ambil menerusi Facebook.
Baca: Isteri Aliff Syukri, jangan ada mulut-mulut

Untuk tidak mengaibkan sebelah pihak, Sensation2u terpaksa tidak memuat naik gambar tersebut di sini.

Pada masa sama Khai juga tidak ambil pusing meskipun setiap kejayaan yang dikecapi itu ada saja cubaan yang mahu menjatuhkan namanya.
Saya tak kisah apa orang nak kata atau fikirkan kerana bagi saya akan tetap meneruskan kerjaya.

Benda macam itu bukan menjadi satu penghalang buat saya untuk terus berjaya. Sebab saya ada banyak fans yang kenal saya macam mana.
Baca: Bukti Hael tetap berikan sokongan terhadap Azhar

Sementara itu, bercakap mengenai kerjaya sebagai penyanyi, muzik video 'Luluh' kini sudah mendapat tonton lebih daripada 3.5 juta orang, dua bulan selepas diterbitkan.

Tambah Khai juga, 'Luluh' semakin mendapat permintaan ramai pendengar di radio.

Setakat ini alhamdulillah semakin baik, 'Luluh' pun sudah beberapa kali menjadi juara di carta radio-radio.

Comments

  1. Alhamdulillah.. terlerai sudah fitnah ini..

    ReplyDelete
  2. Kebenaran terbukti jua.. Cukup2 lh sebarkan fitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan sama2 agar Khai dilindung dari kekejian mereka yang ada sejenis penyakit hati ni.

      Delete
  3. alhamdulillah.... sabar ye khai.... all the best k




    ReplyDelete
  4. terima kasih atas sebarkan penjelasan khai bahar tentang fitnah ini :)
    teruskan sokong kerjaya khaibahar dan lagu ciptaan terbarunya Luluh! hihi.

    ReplyDelete

Post a Comment