Skip to main content

Hafidz Roshdi letak nama anak gelaran isteri Nabi Aisyah R.A

Seminggu selepas hari Raya Aidiladha, tanggal 9 September lalu merupakan hari bermakna buat pelakon popular drama Kau Aku Kita, Hafidz Roshdi dan isteri telah selamat menerima cahaya mata perempuan.

Terbaru menerusi media sosial pelakon tersebut ada memuat naik sekeping foto menunjukkan merekas sudah mendaftarkan nama anak dengan mengambil gelaran isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Aisyah RA.
Baca: (10 FOTO) Gaya hidup anak Noraniza Idris buat si wanita cair

Bayi perempuan mereka bernama Humairah binti Muhammad Hafidz.

Saat artikel ini ditulis, perkongsian surat beranak Humairah telah menerima 'like' lebih daripada 19 ribu orang.

Didoakan semoga Hafidz sebagai bapa dapat membimbing keluarga hingga akhir hayat. Buat isteri, Shuhada, selamat menjalani proses berpantang.

Untuk rekod, pasangan Hafidz dan isteri selamat diijabkabulkan pada 30 April 2016 di kediaman isterinya, Perlis.

Comments