Skip to main content

Hafidz Roshdi selamat menimang cahaya mata perempuan


Tahniah Sensation2u ucapkan buat hero Kau Aku Kita kerana isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri telah selamat melahirkan anak pada Sabtu, baru-baru ini.

Difahamkan, anak sulung pasangan itu selamat dilahirkan pada jam 11.30 pagi dengan berat 2.7 kilogram.

Berita gembira itu dikongsi oleh bekas finalis Hero Remaja 2012, Muhammad Hafidz Roshdi, menerusi laman Instagramnya.
Alhamdulillah my new girlfriend is here
Baca: Amar Amyra umum bakal menimang cahaya mata putera

Coretnya sambil mendukung anak. Rata-rata ramai peminat membanjiri ruang komen dengan doa dan kata-kata mutiara buat pemuda itu.

Tahniah buat Hafidz, 22, semoga menjadi ayah yang baik buat cahaya mata sulung dan berjaya mendidik anak menjadi anak solehah.

Buat Shuhada, selamat menjalani proses berpantang. Jaga pemakanan ya.

Baca: Kasih bapa sehabis nyawa dalam filem Bisik Pada Langit
A post shared by لَااِلَهَ اِلَّااللهُ (@hafidz.roshdi) on
#IG Hafidz Roshdi

Comments