Skip to main content

"Hentikan isu itu..." - Afiq Muiz

Pernah terpalit dengan kontroversi 'Si Tanggang yang derhaka dengan orang tuanya', pelakon filem I'm Not A Terrorist sewaktu ditemui pada malam gala filem terbitan White Merpati Entertainment, Afiq mengakui bahawa dia berkecil hati dengan segelintir orang yang masih lagi membangkitkan isu lama.

Muhammad Afiq Muiz Azman Shah atau nama komersialnya Afiq Muiz ditemui Sensation2u berkata, kisah itu sepatutnya dijadikan pengajaran kepada anak lelaki muda pada masa kini.
Saya berkecil hati bila orang tanya fasal emak saya. Masih ada lagi dibangkit isu yang saya derhaka dengan emak saya malah sudah enam tahun lalu.
Benda itu sepatutnya jadi pengajaran untuk semua anak-anak muda lelaki yang syurga itu dibawah telapak kaki emak. Mereka patutnya menjaga emak mereka elok-elok.
Janganlah diulang-ulang, saya berkecil hati juga kadang-kadang. Tak mengapa lah saya maafkan...
Baca: Kasih bapa sehabis nyawa dalam filem Bisik Pada Langit

Jelas Afiq, 25, yang sudah penat menjawab persoalan yang acapkali diajukan kepadanya.

Menariknya Afiq dan aktres tanah air Malaysia, Cha Cha Maembong turut digandingkan dengan dua lagi bintang luar negara terkenal iaitu Farida Jalal dan Gulshan Grover.
A post shared by 🤙🏻☝🏻 Islam (@muhamadafiqmuiz) on


Menyelami penglibatannya di dalam filem terbaru, Afiq dilihat begitu fasih ketika berbicara dalam bahasa ketiga. Ikuti temubual eksklusif Sensation2u;

Ikuti jua perkembangan kerjaya Afiq;

Comments