Skip to main content

Idayu AF3 dapat 'Standing Ovation'


Suasana bertukar gamat sebaik pemilik nama Idayu AF3 melantunkan lagu 'Hurt' pada malam tadi.

Rata-rata penonton dan peminat yang hadir terpukau dengan kelunakkan suara penyanyi wanita itu. Malah juri profesional terutamanya juri jemputan Ziana Zain turut kagum dengan persembahan Idayu.

Tiada apa yang nak saya komen dengan persembahan anda pada malam ini dan saya berharap agar mereka diluar sana dapat mengubah persepsi dan tidak memandang daripada aspek luaran semata-mata - ujar Ziana Zain.

Baca: Nak jadi isteri, ini yang dilakukan oleh Elfira Loy

Selain Idayu antara peserta lain yang mendapat pujian daripada juri profesional ialah Bob AF2.

Sementara itu, peserta bahagian kedua yang terdiri daripada bekas lapan juara AF musim lalu akan berentap pada minggu depan.

Tahniah diucapkan buat para peserta yang sudah membuat persembahan sebaik mungkin pada malam tadi. Semoga berhasil untuk mara ke AF Megastar 2017.

Comments