Skip to main content

Isteri Aliff Syukri : Jangan ada mulut-mulut...


Tahniah Sensation2u ucapkan buat pasangan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid, bayi angkat yang dinantikan telah selamat dilahirkan.

Kegembiraan dan keterujaan kedua pasangan itu dapat dilihat menerusi perkongsian mereka di media sosial.

Baca: Dapat anak angkat ke kandung, tanya netizen

Dalam perkongsian panjang, Shahida berpesan;

Jangan ada mulut-mulut di luar sana yang mengatakan saya tidak suka kan bayi ini kerana saya tidak merakamkan apa jua aktiviti saya dengan bayi ini...saya tidak perlu untuk memuaskan hati orang lain semata mata untuk menunjukkan yang saya baik.Saya harap anda mendoakan bayi ini menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.  
Ya Allah saya terdelete post tadi...😭😭 saya post semula ya . Alhamdulillah niat kami untuk mengambil anak angkat telah termakbul, saya menanti nanti kelahiran anak ini sejak dari dalam kandungan ibunya.Mungkin ramai yang bertanya mengapakah ibu dan bapanya sanggup menyerahkan anak kecil ini kepada kami tetapi cukup lah saya memberitahu bahawa mereka mengalami kesempitan hidup dan tidak mampu membesarkan bayi ini. . Pengalaman membawa ibu bayi ini untuk rutin pemeriksaan setiap minggu membuatkan saya mengetahui perkembangan nya sejak dari dalam kandungan dan saya sendiri yang membeli barangan kelengkapan bayi ini dan tidak sabar menunggu kelahirannya. . Jangan ada mulut-mulut di luar sana yang mengatakan saya tidak suka kan bayi ini kerana saya tidak merakamkan apa jua aktiviti saya dengan bayi ini...saya tidak perlu untuk memuaskan hati orang lain semata mata untuk menunjukkan yang saya baik.Saya harap anda mendoakan bayi ini menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. @babyterlajaklaris
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

#IG Aliff Syukri & Nur Shahida

Comments