Skip to main content

Kasih bapa sehabis nyawa dalam filem Bisik Pada Langit


Orang tua mana yang tidak sayangkan anak? Cuma terkadang lupa akan ada lagi anak-anak lain yang tidak menerima kasih sayang yang cukup daripada ibu dan bapa.

Filem Bisik Pada Langit sebuah arahan Kabir Bhatia ini mengetengahkan mesej kasih sayang, kekeluargaan dan cinta yang cukup kuat sebagai elemen dalam menghidupkan cerita tersebut.

Wayang ini membawa anda menyaksikan kasih sayang seorang bapa iaitu lakonan Jalil Hamid sebagai watak utama Wak Selamat yang sangat menyayangi puterinya Hajar lakonan Ummi Nazeera sehingga mengabulkan segala permintaan Hajar.

Baca: Beto Kusyairi tidak meminta

Begitu juga dengan Zaidi iaitu Beto Kusyairi dan adik bongsu mereka Naim Daniel sebagai Iqram masing-masing berkorban demi memastikan Hajar berjaya menyambung pengajian di Perth, Australia.

Pada masa sama Irwan iaitu Erwin Dawson merupakan seorang jejaka yang bertanggungjawab dan budiman terhadap Hajar.

Menarik lagi, filem ini turut menyuntik penonton dengan runut bunyi khas yang dinyanyikan oleh kumpulan Akim & The Majistret.

Tayangan Filem Bisik Pada Langit ini akan menemui anda pada 21 September 2017 di semua pawagam berhampiran anda.
#Bisikpadalangit
#Banjirdipawagam
#MataMasukHabuk

Sementara itu, berpeluang Sensation2u menghadiri malam gala tayangan ini, saksikan apa kata para pelakon.







Comments