Skip to main content

Kenapa pula Wany Hasrita bergenang air mata tu?

Pelantun lagu 'Menahan Rindu' mengakui lagunya sendiri begitu menusuk kalbu, apatah lagi setelah mendapat sentuhan baru oleh Ratu Etnik, Noraniza Idris.

Menurut empunya badan, dia tidak menjangka bahawa lagunya yang telah ditukar menjadi irama tradisional Melayu asli itu akan kedengaran lebih sedap.
Saya sendiri pun tak sangka lagu saya itu sedih.
Sebenarnya saya pun suka memainkan lagu tradisional namun bila mendengarkan mereka menyanyikan lagu itu dengan susunan sebegitu, saya bergenang air mata
Baca: (Video) Buat salah, peserta Hero Remaja 2017 tampil mohon maaf

Jelas Wany, 24, kepada Sensation2u ketika ditemui selepas acara pada malam kesenian Malam Kemala Irama bertempat di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Comments