Skip to main content

Luahan rasa Fouziah Gous sebelum dan selepas berkahwin

Genap empat tahun usia perkahwinan aktres cantik Fouziah Gous melayari bahtera sebagai isteri dan juga sebagai ibu, Pelakon Harapan Wanita Popular (ASK2007) tampil meluahkan rasa isi hatinya berkenaan sebelum dan selepas.

Menerusi coretan panjang lebar pelakon berusia 34 tahun ini, apa yang penting keikhlasan hati dalam sebuah perhubungan.

21 September 2013 saya sah menjadi isteri kepada @zhafyusof .. syukur Alhamdulilah dah 4tahun kami berkongsi hidup yg penuh dengan kebahagiaan.. Tapi moment paling tak boleh lupa selepas syok ber 'posing' ambil gambar selepas nikah di masjid(seperti diatas😄) Zhaf dan saya balik ke rumah. Masa tu walaupun bilik pengantin dah siap.... tapiiiiiii.... ya Allah hanya tuhan saje yg tahu betapa awkward nak masuk bilik berdua di hadapan family.. lama juga lah saya duduk luar ulang alik tak tahu nak buat apa🤣.. mengharapkan semua orang masuk bilik tidur 😅. Lepas tu masuk bilik tukar baju terus keluar,nak pergi hotel jumpa ahli keluarga saya. Nak cari alasan sebab malu tahap teruk la masa tu🤣! yelah bercinta selepas kahwin la katakan.. unless dah bercinta setahun dua takde lah awkward dan tak tentu hala kan.. *flash back pula moment tu, takde pun plan nak type tu sebenarnya*😅 ... Sayang, I don't have to pretend to be someone else to be with you,and all these years you accepted me for who I am. Thank you and I Love ❤️ you sayang.. HAPPY 4th ANNIVERSARY @zhafyusof #zhafou #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee
A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

Alam berumah tangga
Baca: Ruzana Ibrahim mula tunjuk 'belang' lebih xtreme!
Pastinya semua orang ada 'dream wedding' kan? Zaman bujang dulu macam2 impian. Kalau boleh nak buat wedding dress biar ambil masa setahun baru boleh siap😜.. Tapi.... hakikatnya bila dah jumpa jodoh dan tiba2 terbuka hati nak kahwin semuanya boleh je siap dalam masa sebulan. Wedding Dress pun siap 2minggu je, venue pun boleh berubah selepas kad kahwin di edarkan 😅. Sangguplah tak tidur nak makesure semua tetamu dapat table no sebelum sampai ke hotel, tapi bila smp di hotel table set up dah berubah😅. Kalau nak di kongsikan pengalaman mmg banyak tapi bukan itu yg saya nak kongsikan. Sebenarnya bila kita nak berkahwin ni make sure hati kita betul2 ikhlas dengan pasangan dan pastinya kerana Allah SWT.. walaupun pelbagai dugaan dan kekurangan pasti semuanya akan di permudahkan jika nawaitu kita betul. ... Rupa-rupanya dugaan sebelum kahwin adalah untuk kita kuatkan diri dan belajar untuk sentiasa mencintai segala kekurangan daripada hanya mahukan kelebihan.. .... Thank you sayang for making it so easy to love you as a husband. Syukur Alhamdulilah i found my 'Cinta Sejati' Happy Anniversary #4years #zhafou #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee @zhafyusof
A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

Komen netizen
 

Sensation2u ucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat pasangan Pooja dan suami, Md Zhafran Md Yusof, 34, dan semoga selamat melahirkan bayi kedua yang kini sedang hamil 31 minggu.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz sekitar pertengahan bulan September 2013 bertempat di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Comments