Skip to main content

Lufya AF bagi hint dapat anak kembar


Dua bulan menanti masa untuk melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan Dr Hafiz atau nama penuh Che Muhammad Hafiz, nampaknya Lutfyah Sheikh Omar atau nama komersialnya Lufya AF, sudah tidak sabar dan mengharapkan sepasang cahaya mata kembar.

Menerusi IG Lufya berkongsi sekeping foto bayi kembar perempuan dengan seorang ayah memakai pakai jururawat dan doktor.

Baca: Dapat anak angkat ke kandung, tanya netizen

Pada masa sama Lufya menulis;

Berangan... tapi @chehafiz007 nak baby girl dan baby boy kan... Approximately about 2 more months to meet Baby L. Girl ke Boy dah dapat agak? Semua kuasa Allah yang penting baby sihat & mudah dilahirkan. Amin... Comelnyerr kalau gambar macam ini kan sayang. Major love - coret Lufya
Betul tu Lufya. Samada anak perempuan mahupun lelaki ataupun kembar yang penting anak dalam keadaan sihat walafiat dan semoga proses bersalin dipermudahkan.

Sama-samalah kita nantikan samada Lufya AF dapat anak kembar ataupun sebaliknya. Sebab di IG Lufya AF pun siap tulis;

Expecting Lulu & Ken's Junior

Untuk rekod, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 26 November lalu.

Syukur Alhamdulillah baby ❤️ dalam keadaan sehat dan normal.Baby ❤️ tengah hisap jari ya sayang.😊 Mohon doa semoga anak ini dilahirkan secara mudah dan paling penting normal. Lahir dengan sifat-sifat yang baik, anak yang bijak dan terpuji, diberikan rezeki yang melimpah-ruah dan semoga dia menjadi pembela agamaMu Ya Allah, membahagiakan dan menceriakan hidup ibu bapanya, menjadi anak yang soleh& solehah dan selalu membanggakan ibu bapanya, menjadi anak yang berilmu , beramal dan bermanfaat untuk kaum muslimin & muslimat, Anak yang beriman dan membawa ibu bapa & ahli keluarganya ke syurga. Ya Allah jadikanlah anak dalam kandungan ini anak yang Kau senaraikan menjadi ahli syurga dan ketika di dunianya juga dia beramal dan mendapat redhoMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Perkenankanlah doaku untuk anakku ini Ya Allah. Aamin Ya Rabbal Alamin. 😭😭😭 ❤️ Mohon di "aamin" kan 🙏🏻
A post shared by 👶Expecting Lulu & Ken's Junior (@lufyaluvya) on
#instagram lufyaluvya

Comments