Skip to main content

Mat Salleh nyanyi lagu 'Anak' stage atas bumbung


Sekarang ini nak jadi artis terutamanya penyanyi cukup mudah dengan adanya media sosial. Lebih cepat dan senang untuk dikenali kalau anda ada akaun YouTube.

Terbaru, tular satu muzik video pasangan Mat Salleh menyanyi lagu Tagalog berjudul 'Anak'. Cukup menarik perhatian apabila bangsa lain mampu menyanyikan lagu bangsa lain dengan baik.

Luar biasa dari kebiasaannya, penyanyi akan melakukan persembahan di atas pentas, sebaliknya pasangan ini membuat persembahan di atas bumbung! Bahaya, jangan ada pula lepas ini nak cuba-cuba lain daripada pasangan Mat Salleh ini semata-mata nak tular juga.

Apapun jom kita dengar dan hayati.

Comments