Skip to main content

Michael Chen buktikan muka jambu boleh bawa watak jahat

Memiliki rupa yang tampan adakalanya menjadi batu loncatan untuk memperolehi watak utama samada menerusi drama mahupun di layar perak. Namun jika terlalu jambu mungkin watak yang jahat sukar untuk dimainkan.

A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on

Bagaimanapun, Michael Chen yang memegang watak utama antagonis sebagai Wong dalam Filem Tombiruo: Penunggu Rimba telah membuktikan muka jambu mampu memainkan watak tersebut.

Pun begitu, ini merupakan julung kalinya memainkan watak jahat sepenuhnya.
Dalam bidang pentas adakalanya saya ada juga memainkan watak pemarah dan yang beremosi.
Begitu juga bila berlakon dalam rantaian drama TV, suka bergaduh dan panas baran. Lebih kepada karakter seorang yang baik tetapi mempunyai sifat seumpama itu.
Jadi bila dapat memainkan watak jahat sepenuhnya, ya saya sangat teruja.
Jelas Michael ketika menghadiri malam gala tayangan perdana filem tersebut pada Selasa lalu bertempat di MBO Starling Mall, Damansara.

Baca: Akhirnya lampu hijau buat wanita daripada Raja Arab Saudi

Mungkin masih ramai yang tidak begitu mengenali siapakah pelakon Michael Chen ini, jika dihitung dengan betul, aktor ini sudah berkarya sejak 15 tahun yang lalu lagi.
Pembabitan terbaru dalam Filem Tombiruo: Penunggu Rimba sebuah karya yang diadaptasi menerusi novelis tersohor, Ramlee Awang Murshid bakal menyaksikan lakonan Michael berganding dengan nama-nama besar seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Faye Kusairi, Dynas Mokhtar, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M. Nasir, dan juga Datin Marlia Musa, bermula 12 Oktober depan.

Antara drama yang pernah dibintanginya seperti Sepuluh (2009) dan Lembing & Layang (2009) di Astro Citra, I Eat KL (2013) di saluran HyppTV English Sitkom.

Manakala dilayar lebar pula, filem Take Me To Dinner arahan Gavin Yap genre English.

Comments