Skip to main content

MJ akui pernah delusi


Anak muda yang berkecimpung di dalam dunia seni suara ini sebenarnya sudah hampir memasuki tahun yang ke tiga sebagai penyanyi. Malah sebelum ini mereka bertiga dikenali dengan kumpulan, Votez, akan tetapi rezeki menentukan hala tuju MJ.

MJ merupakan singkatan bagi nama kedua-dua vokalis pop yang terdiri daripada Amirul Shafiq Sukor atau Meeyo dan Muhammad Bazli Zakaria, atau Joe Bazli, 24.

Sungguhpun sudah beberapa tahun keberadaan mereka di dalam arena seni hiburan, namun mereka tetap sabar kerana mendapat sokongan moral daripada beberapa pihak
Semestinya kami mendapat sokongan daripada ahli keluarga, rakan kenalan rapat dan tak lupa juga rakan media yang dalam turun naik kami mereka sentiasa berada disisi kami.
Bagi kami, untuk terus berada di lapangan seni ini kami perlu mengetahui kehendak pendengar. Sebab mereka yang mendengar dan memberikan ruang serta peluang agar kami terus berkarya.
Bagi kami agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak tetapi kami akan terus berusaha untuk berjaya di masa akan datang. 
Bercerita mengenai lagu sulung sebagai buah tangan kepada semua peminat setianya, Meeyo selaku wakil MJ ketika dihubungi Sensation2u mendedahkan, lagu ini sebenarnya dekat dengan semua orang baik lelaki mahupun wanita dan ia turut terjadi kepada dirinya sendiri.
'Delusi' ini sebenarnya dekat dengan diri mereka di luar sana, tidak kira lelaki ataupun wanita kedua-duanya sama.
Sebenarnya saya sendiri pernah mengalami fasa di mana saya tidak berani untuk menyuarakan perasaan saya terhadap wanita yang saya cintai dan akhirnya dia kini sudah dimiliki orang dan berkahwin. 
Lagu ini membawa anda mengenai seorang lelaki yang bercinta dalam khayalannya sendiri. Suka, tetapi tidak melafazkan perasaannya itu akhirnya hanya menyakitkan dirinya sendiri kerana tidak berjaya mendapatkan wanita idamannya.

Single duet sulung mereka ini berentak muzik pop rock dan secara rasminya telah dimuat naik di laman YouTube Golden Callista Sdn Bhd pada 20 Jun 2017. 'Delusi' dicipta oleh kerjasama antara JB dan Sharon Paul, manakala liriknya ditulis oleh JB.


Comments