Skip to main content

Muzik video single ke 3 Aiman Tino raih lebih 4 juta tontonan

Meskipun namanya masih hijau dilapangan seni hiburan tempatan namun setiap singlenya terus mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Single ke tiga Aiman Tino,19, 'Ku Hanya Sayang Padamu' ketika artikel ini ditulis, muzik video lagu berkenaan sudah meraih 4.7 juta tontonan di YouTube sejak pertengahan bulan lalu.

Lagu hasil sentuhan Apit dan lirik ACK ini telah diterbitkan dibawah syarikat rakaman Aries Music Sdn Bhd pada bulan May yang lalu.
Baca: 7 Artis remaja lelaki pujaan ramai

Sementara itu, muzik video single terbaru Khai Bahar berjudul 'Luluh' mendapat lebih 5 juta tontonan di YouTube sejak dua bulan lalu.

Untuk rekod, lagu dan lirik dicipta sepenuhnya oleh Khai, 23 dan merupakan artis dibawah naungan NAR Records.

Comments