Skip to main content

Naim Daniel kongsikan perasaan dipinggirkan keluarga


Bintang muda filem Bisik Pada Langit tampil menyuarakan perasaannya sebagai seorang anak di dalam keluarga apabila terasa dipinggirkan.

Jelas Naim Daniel, 20, yang memegang watak antagonis sebagai Ikram itu, di dalam adik-beradik yang ramai mungkin ada sesetengah mereka yang berkecil hati apabila ibu bapa mereka terlepas pandang dalam mencurahkan kasih sayang ke atas diri mereka.

Baca: Kasih bapa sehabis nyawa dalam filem Bisik Pada Langit
Saya meletakkan nadi sebagai anak, di mana dalam situasi adik beradik yang ramai sekali gus terasa dipinggirkan.
Jadi, saya wakilkan ini untuk mereka di mana untuk rasa bersalah saya itu saya selitkan sekali di dalam ini. Semoga penerimaan mereka (ibu bapa) mungkin selama ini ada perkara yang terlepas pandang di antara anak-anak mereka, mungkin menerusi filem ini dapatlah membuka mata mereka.
Memang kasih sayang itu perlu sama-rata, kadang-kadang kita sedar ataupun tidak perkara-perkara macam itu kita terlepas.
Baca: Beto Kusyairi tidak meminta

Ujar Naim ketika ditemui Sensation2u pada malam gala filem Bisik Pada Langit yang akan menemui penonton bermula 21 September 2017 di seluruh pawagam berhampiran anda.

Comments