Skip to main content

Nak jadi isteri, ini yang dilakukan oleh Elfira Loy


TAHNIAH! diucapkan buat pasangan selebriti tanah air Nurul Elfira Loy, 23, dan Sufian Suhaimi, memang sama cantik sama padan, serasi je mereka berdua ni kan?

Perkenalan yang masih hijau lebih kurang enam bulan sahaja namun pasangan bak merpati dua sejoli ini bagaikan sudah berkurun lama berkenalan. Gittew!

Kedua-dua pasangan ini akan mengikat tali pertunangan mereka pada bulan depan dan khabarnya Elfira begitu teruja untuk bergelar sebagai seorang isteri.

Baca: Idayu AF3 dapat 'Standing Ovation'


Pada masa sama Elfira menerusi portal hiburan berlainan turut berkata, untuk mempersiapkan diri menjadi isteri yang baik kepada bakal suami, Sufian Suhaimi, Elfira mengambil langkah awal dengan membuat latihan kerja-kerja rumah selepas waktu solat subuh.

“Apabila nak bergelar seorang isteri, saya perlu ada persediaan dan kini proses pembelajaran itu bermula sejurus selepas selesai solat Subuh.
“Kebiasaannya ibu dan bapa saya tak benarkan saya tidur semula selepas solat sebaliknya mereka minta saya berlatih untuk lakukan kerja rumah seperti mengemas dan memasak.
“Latihan itu supaya boleh menjadi rutin harian tetapi bukanlah saya tak pernah buat kerja rumah tetapi sebelum ini kurang masa sebab sibuk dengan kerja,” ujarnya.

Bagus Elfira, nak jadi isteri ini kata orang yang lebih makan garam memang tidak mudah untuk menjadi isteri, perlu ada jati diri yang kuat. Jelas isteri yang berpengalaman juga, perut suami itu penting. Hehehe...

A post shared by 23 🇲🇾 | My Mom Is Watching 🕊 (@elfiraloy) on
#mStar Online

Comments