Skip to main content

Nasi Paka mengundang!

Tampak biasa tetapi menggiurkan inikan pula musim hujan yang tak menentu waktunya. Perut memang sinonim, bila hujan perut akan berkeroncong tanda lapar, apabila lapar mesti waktu hujan.

Berpeluang merasai sendiri air tangan anak dara Paka yang bertempat di Amboi Kafe lot 1, Jalan Plumbum A7/100, Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini, pedas lah juga!

Mujur peniaganya mesra pelanggan. Cepat hilang pedas kita wak.
A post shared by PEDAS LA JUGAK!!! (@nasipaka) on

Baca: Kenapa pula Wany Hasrita bergenang air mata tu?

Sungguhpun begitu, Sensation2u terasa seperti magik. Pedas hanya di lidah tetapi tidak 'panas' di perut. Segelintir yang masak lazimnya pedas hingga ke perut.
Bagi anda yang mahukan menu bajet namun sedap maka Nasi Paka pilihan yang tepat. Buat anda yang dihujani kesibukkan kerja di pejabat, Nasi Paka juga menyediakan khidmat penghantaran.

Untuk tempahan sebelum habis dijamah kawan anda sendiri, eloklah tempah dulu di Instagram dan Facebook Nasi Paka.

Comments