Skip to main content

Neelofa artis wanita pertama Malaysia diundang sebagai panel ke New York


Satu lakaran yang membanggakan buat anak seni dan wanita juga buat negara Malaysia apabila Noor Neelofa Mohd Noor telah diundang untuk menjadi panel bagi Program Belia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 15 September ini.

Menurut heroin Suri Hati Mr Pilot itu, acara MiSK United Nations Development Programme (Youth-UNDP forum) hanya berlangsung selama sehari sahaja, selepas itu akan terbang ke Milan untuk tugasan kerja pula.

Baca: Yuna Zarai dalam 10 majalah terkemuka antarabangsa
Pada persidangan program belia itu nanti, saya akan jadi salah seorang panel dan akan berkongsi lebih ke arah pengalaman saya dan bagaimana kita nak meraikan kepelbagaian budaya.
Selepas itu saya akan terus ke Milan menghadiri acara Swarovski Spring Summer Collection Fashion Show, kemudian private dinner dengan kedutaan.  
Jelas bekas Dewi Remaja kepada Sensation2u ketika ditemui pada sidang media perlantikkan Neelofa sebagai duta produk kesihatan Chew N Glow bertempat di Ballroom, Mercu Mustapha, Damansara Perdana, Sabtu lalu.

Sensation2u mendalami lagi mengenai perkongsian Lofa, jelasnya teruja, slot itu akan diisi dengan pengalamannya sejak kecil sehingga kedewasaan ini.

Baca: Surat terbuka Ben Ali kepada kerajaan
Untuk slot saya nanti saya akan berkongsi bagaimana ketika usia saya dari 16 tahun saya pernah tinggal di rumah tumpangan di Jepun untuk 10 hari dan belajar serta menerima budaya mereka.
Tambahan lagi bagaimana saya pernah ambil jurusan perfileman di Los Angeles... perkara sebegitulah yang akan saya ketengahkan. 
Untuk rekod, Neelofa, 28, pernah menghadiri kursus persidangan berkenaan selama 16 hari bertempat di New York, Amerika Syarikat, pada pertengahan Ogos lalu.

Terdahulu Lofa juga telah dilantik menjadi Duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Syabas buat Lofa kerana terus maju mengharumkan nama negara.

Comments