Skip to main content

Nicole Kidman cium aktor tampan depan suami sebagai tanda tahniah!

Selepas Nicole Kidman dan lima aktress lain berjaya meraih kejayaan besar menerusi drama bersiri Big Little Lies, kini tular di media sosial berkenaan aktor tampan yang popular menerusi drama bersiri HBO, True Blood dicium oleh Kidman sebagai tanda tahniah!
Baca: Nicole Kidman rangkul 2 Anugerah Emmy 2017

Jejaka yang dimaksudkan itu ialah Alexander Skarsgard, 41, ketika namanya diumumkan pemenang bagi kategori pencalonan Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi drama rantaian Big Little Lies.
Selain menerima tepukan gemuruh daripada penonton, Sensation2u difahamkan apa yang mengejutkan adalah ketika Skarsgard dalam perjalanan turun untuk menerima trofi tersebut, Kidman telah memberikan kucupan tahniah betul-betul dihadapan suaminya, Keith Urban yang juga seorang pemuzik.

Perbuatan Kidman pada malam berprestij itu telah mengundang kejutan dari pelbagai pihak termasuklah peminat menerusi akaun Twitter. 

#Foxnews

Comments