Skip to main content

Nicole Kidman rangkul 2 Anugerah Emmy 2017


Tahniah buat Nicole Kidman Sensation2u ucapkan kerana berjaya merangkul dua kategori dalam Anugerah Emmy ke 69 (Emmy Awards) yang telah berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Buat pertama kalinya Kidman memenangi anugerah berprestij itu sekali gus menggondol dua kategori bagi pencalonan Pelakon Utama Wanita Terbaik menerusi drama rantaian Big Little Lies.

Bagi kategori seterusnya, Kidman turut memenangi kategori pencalonan Penerbit Terbaik menerusi drama yang sama.

Baca: (Video) Buat salah, peserta Hero Remaja 2017 tampil mohon maaf

Terdahulu pada tahun 2012 figura cantik ini pernah dicalonkan bagi anugerah yang sama menerusi drama Hemingway & Gellhorn.
Baca: Nicole Kidman cium aktor tampan depan suami sebagai tanda tahniah!

Pada masa sama, wanita berusia 50an ini juga turut mengalahkan lima rakan aktres lain antaranya ialah Carrie Coon, Susan Sarandon, Jessica Lange dan sahabat baiknya, Reese Whiterspoon.

Baca: Erwin Dawson kongsi hidup sebagai anak perantau



#Foxnews

Comments