Skip to main content

Once in a life time Marcell tidak berlebihan


Popular menerusi lagu Hanya Memuji (2002) Marcell Siahaans, mengakui dalam kehidupannya pernah melului fasa kegagalan namun berpegang dengan kata-kata mutiara adalah kunci untuk vokalis terbaik ini bangkit semula.

Tipnya kalau bagi saya adalah selalu menjaga kesedaran samada apakah itu up or down saya tidak berlebihan.

Semua orang pasti mengalami fasa-fasa tersebut, tetapi jangan ambil mudah kerana itu merbahaya. Terlalu nyaman (selesa) pun tidak elok.

Ada satu kata mutiara yang saya suka 'kita tidak perlu melawan arus, arus itu tidak bisa kita lawan, kalau kita lawan pasti tenggelam dan bisa mati, yang perlu kita lakukan ialah ikutan arus ke mana pun tapi usahakan jangan sampai kepala kita tenggelam, tetap melihat ke mana pun kamu jalan'
Pemilik nama Marcell Siahaans atau nama penuhnya Marcellius Kirana Hamonongan Siahaans ditemui Sensation2u ketika menghadiri sidang media sempena penampilan sulungnya pada konsert berskala besar yang akan diadakan bertempat di Plenary Hall, KLCC, pada 23 September depan.

Tambah Marcell, 40, konsert berskala besar yang akan diadakan itu nanti sempena menyambut hari ulang tahunnya ke 40 sekali gus sebagai tanda aras 15 tahun pembabitannya di dalam industri seni suara.

Dua sebabnya adalah kerana sempena meraikan 40 tahun usia dan 15 tahun sebagai penyanyi. Kalau sebagai pemuzik rasanya sudah lebih 25 tahun saya mendalaminya.

Jadi pemilihan mengadakan konsert pada usia 40 tahun juga kerana beranggapan ia adalah permulaan untuk saya melakukan pelbagai perkara.

Antara penampilan istimewa lain, Noh Salleh turut diundang ketika persembahan Marcell nanti.

Tiket serendah RM99 kini boleh didapati menerusi laman sesawang airasiaredtix.com

Comments