Skip to main content

Pengalaman lalu mengajar Idzham Ismail jadi overprotective


Pelakon Idzham Ismail akur perubahan waktu semenjak bergelar bapa agak mengejutkan diawal waktu dan akan lebih bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarganya.

Menurut Idzham, 28, meskipun dia mencari nafkah diluar namun respek tenaga isterinya begitu kuat dalam menjaga puterinya, Sofea Inara.

Pada awalnya agak terkejut sebab nak bahagi masa dan tenaga. Iya lah baby masa bangun tidur tak menentu. Tapi lama-lama sudah menjadi kebiasaan, walau penat macam mana pun tak ada rasa nak marah.
Saya respek isteri saya, sebab tenaga dia lagi banyak ketika menjaga anak daripa saya. Walaupun saya mencari nafkah dan dia duduk di rumah namun jaga baby lagi penat sebenarnya.
Oleh itu, saya tak kisah sibukkan diri sebab saya tahu busy saya untuk keluarga dan diri sendiri. Kadang-kadang itu kita kena bagi reward dekat isteri. Jadi saya sentiasa akan bawak jalan atau belanja apa yang isteri mahukan setelah selesai kerja.

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on
Pada masa sama Idzham juga memberitahu kepada Sensation2u kesihatan anaknya kini semakin baik dan bagaimanapun selepas pengalaman lalu telah membuatkan pelakon ini jadi lebih berjaga-jaga.

Buat masa ini saya sangat merindui anak saya walaupun baru keluar sejam. Dari segi kesihatan anak saya dah makin baik insya-ALLAH. Cuma penjagaan tu jadi over walaupun doktor cakap jaga macam baby biasa kerana dia dah sembuh.
Tetapi iya lah bila kita ada pengalaman lalu. Hampir sebulan setengah dekat wad n operate saya jadi overprotective.
Andai keluar pun jarang, tapi kalau bawa keluar kamj akan pilih tempat. Seperti baby lain pun sepatutnya kena ada penjagaan lebih dari segi lokasi. Meragam tu semua awal-awal, kami takut orang pandang namun lama-lama buat biasa saja dah lah.

Nur Sofea binti Mohammed Idzham dilahirkan pada 24 Mei lalu bertempat di Hospital Shah Alam.

Comments