Skip to main content

"Permainan gila apakah ini" - Nonny AF5


Geram dan marah! itulah perasaan yang diungkapkan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan suami penyanyi, Adira.

Nonny Nadirah Zainuddin atau lebih glamor dengan nama pentas, Nonny, menerusi artikel portal hiburan berlainan mendedahkan perkara sebenar kerana bengang kisahnya dijaja sendiri oleh lelaki berkenaan.

Paling marah, saya dikata meminta duit daripada lelaki itu walhal hakikatnya kenapa perlu saya berbuat sebegitu. Siapa dia dalam hidup saya hingga sewenang-wenangnya boleh bertindak cara itu? 
Sumpah! Kami tidak pernah ada hubungan istimewa. Nak bercinta berbulan-bulan macam mana? Saya tak pernah memberikan nombor telefon pada dia - jelas Nonny.
Sementara itu Nonny turut memberitahu bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, namun sejak peristiwa hitam ini berlarutan, hubungannya dengan bakal suami terjejas.

Baca: Ditabur fitnah, Zara Zya maafkan individu misteri

Saya tidak akan layan ‘permainan’ dia. Lagipun sudah ada ‘sejarah’ cerita yang lebih kurang sama terjadi pada seorang artis membabitkan dia sebelum ini. Dah boleh dijadikan sebagai pengajaran pun.
Tak pasal-pasal juga, saya dan teman lelaki bermasam muka gara-gara gosip ini. Hah, kan dah tak seronok. Hubungan cinta kami ini dah sampai peringkat yang serius. Dah fikir tentang perkahwinan dah.
Apa pula kata bakal keluarga mentua apabila dapat tahu tentang cerita sebegini. Jenuh pula saya kena terangkan kepada mereka semula tentang cerita sebenar - tambahnya lagi.
#Utusanonline

Comments