Skip to main content

Respon vokalis Floor88 lagu rock digubah menjadi muzik asli

Memainkan muzik pop rock, vokalis kumpulan Floor88 berasa senang hati apabila lagu 'Zalikha' digubah menjadi runut bunyi asli Melayu bagi tujuan persembahan pada Malam Kemala Irama.

Jelas Ayie Elham, 21, atau nama penuhnya Nik Fadlee Elhamshah, apabila lagu tersebut digubah menjadi baru ia merupakan satu kelainan dan nafas baru.
Saya rasa itu adalah satu bau yang baru dan kreatif serta ia tidak menggubahnya jauh dari pada melodi asal.
Jadi saya rasa itu memang satu perkara yang bagus dan saya berbangga mereka sanggup membawakan lagu 'Zalikha' dengan susunan muzik asli daripada muzik rock.
Baca: "Gaduh itu pasti, bertengkar pasti ada" - Daus AF8

Tutur Ayie kepada Sensation2u ketika ditemui pada malam Selasa bertempat di Akademi Seni Kebudayaan dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Ikuti rakaman video Sensation2u untuk temubual eksklusif mengenai pendidikan Ayie yang juga masih bergelar sebagai mahasiswa.

Comments