Skip to main content

Rizman Ruzaini reka busana gadis litar PETRONAS F1

Umum sudah ramai yang tahu bahawa PETRONAS Grand Prix F1 di Malaysia pada tahun ini merupakan kali yang terakhir.

Di tahun lalu kita telah menyaksikan rekaan pakaian gadis litar F1 diberi sentuhan oleh pereka terkenal Nurita Harith dalam memperkenalkan outfit 'Bunga Raya' dan 'Sporty Modern' bagi acara on race day dan qualifying day.

Demikian pada tahun ini, PETRONAS F1 telah memilih Rizman Ruzaini untuk menghasilkan outfit gadis litar buat kali yang terakhir akan diadakan pada 29 September dan 1 Oktober depan.

Menurut Rizman Ruzaini, tawaran yang diberikan bagaikan 'kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan'.
Kami tak menjangkakan adanya kerjasama bersama PETRONAS tetapi alhamdulillah mereka mungkin nampak kemampuan dan memberikan peluang serta ruang untuk masuk tender.
Jadi, memandangkan kami tak pernah buat, kenapa tidak untuk mencuba. Dalam pada itu, antara ramai-ramai pereka kami telah dipilih.
Tambahan lagi, pereka terkenal itu akan memberikan sentuhan yang eksklusif dan bersesuaian dengan acara tersebut.

A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on

Lazim kita melihat corak batik dipaparkan, namun kami pula akan memperkenalkan dua busana Baju Kurung Kedah dan Baju Kebaya dengan suntikkan elemen antarabangsa.
Dari segi materialnya pula ditempah khas dari luar negara. Ini kerana gadis litar akan memakai outfit tersebut seawal pagi dan kami tidak mahu baju itu nanti berkedut.

Ujar Rizman Ruzaini yang mementingkan keselesaan kepada Sensation2u ketika ditemui pada hari pelancaran Sabtu lalu.

Tidak mereka busana tetapi Rizman Ruzaini turut menampilkan kasut khas buat si gadis litar itu nanti.

Tahniah Sensation2u ucapkan buat pereka tersohor itu.

Comments