Skip to main content

Rutin Amyra Rosli sebelum bersalin


Sebulan sahaja lagi bakal bergelar ibu pelakon Amyra Rosli tampak begitu teruja dan sudah tidak sabar menantikan hari yang akan menjadi titik bersejarah buat pasangan jejaka tampan, Amar Baharin.

Berpeluang menghadiri majlis sempena menyambut hari kelahiran cahaya mata pertama pada Sabtu di HappiKiddo, Quill City Mall, Kuala Lumpur, aktres jelita itu turut berkongsi beberapa amalan beliau sebelum bersalin eksklusif buat pembaca Sensation2u.

Baca: Amar Amyra umum bakal menimang cahaya mata putera
Pada awal trimester saya kuat tidur, kemudian trimester seterusnya mula rasa perut nak membesar saya banyak juga duduk di rumah tetapi bila sudah trimester akhir ini saya tak boleh duduk rumah dan kalau boleh nak hari-hari keluar
Nak buat aktiviti pelbagai agar saya berstamina berbanding duduk di rumah saya rasa lembik, jadi tak seronoklah.
Jadi bila saya sudah tak kerja buat tempoh kehamilan ini saya banyak buat aktiviti sendiri di luar.

Baca: Kasih bapa sehabis nyawa dalam filem Bisik Pada Langit

Itu Amyra, 26, lain orang lain cara mereka. Apapun Amyra juga turut mendapatkan nasihat doktor pakar. Jadi buat ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana juga kena ambil nasihat daripada doktor yang lebih arif ok.

Sebelum ini Sensation2u payungkan anda video ini.




Comments