Skip to main content

Ruzana Ibrahim mula tunjuk 'belang' lebih xtreme!

Aktres jelita ini mungkin dikategorikan sebagai unsung hero tetapi tidak begitu keterlaluan andai suatu hari nanti, pastinya anak berwajah persis Cina ini mampu berdiri sebaris nama-nama besar di lapangan seni hiburan tanah air.

Manakan tidak, memiliki bakat besar di pentas teater, empunya diri Ruzana Ibrahim,  usah disangkal kehebatannya bila beraksi, begitu jua pembabitannya menerusi kaca TV mahupun di layar lebar.


Menyelami dengan lebih mendalam, bintang berusia 31 ini tetap sabar dan menelan segala perit jerih disepanjang penglibatannya di arena seni hiburan.

Menariknya, selepas teater Mencari Sumaiyah pada tahun lalu, sedikit sebanyak telah berjaya membuka mata penonton dan mahu mengenali dengan lebih dekat siapakah wanita disebalik kejelitaan itu.


Meskipun ligat di pentas teater dan sudah membintangi 20 karya teater, beliau juga aktif dalam beberapa drama dan filem, antara karya yang dibintanginya seperti Cinta 100kg, Tari Tirana, Playboy Dimindaku, dan Isteri Tuan Ihsan. Manakala filem pertamanya ialah Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior arahan Bade Hj Azmi.

Seterusnya, siapa sangka wanita secantik dan seayu berkenaan tidak boleh menunjukkan sisi lain sehinggakan menerima respon yang memberangsangkan daripada penonton tatkala melihat kelincahan Ruzana menerusi rancangan Xtreme Pesona di TV1, yang bersiaran setiap hari Sabtu jam 12.30 tengah hari.

Tanpa membuang masa Sensation2u kongsikan kepada anda antara foto penggiat seni berbakat besar ini menerusi akaun Instagramnya. Awas, mungkin ramai terpikat selepas ini.





Comments