Skip to main content

"Saya tak mahu hampakan mereka" Ikmal Amry

Umum sudah ramai yang mengetahui bahawa dikalangan peserta Pencarian Hero Remaja 2017, Ikmal Amry merupakan peserta yang mempunyai populariti yang kuat.

Walau bagaimanapun, Ikmal yang lebih mesra disapa dengan panggilan Am, mengakui dirinya begitu tertekan apabila ramai peminat yang meletakkan harapan tinggi ke atas dirinya agar berjaya menyandang gelaran HR2017.
Berikutan Sensation2u berpeluang mendekati selebriti berusia 23 tahun yang begitu terbuka untuk ditemubual, menurut Muhd Zulikmal Amry Ghazali, bimbang jika esok gagal dalam pencarian HR2017 peminat akan berasa ralat.

Baca: (Video) Buat salah, peserta Hero Remaja 2017 tampil mohon maaf
'Aku nak kau menang', itulah antara ucapan acapkali saya terima bila didatangi mereka. Sebab itu saya jadi tertekan, saya tak mahu hampakan mereka jika saya tak menang.

Pada masa sama anak kelahiran Melaka ini turut berjanji akan buat sehabis yang baik.
Pun begitu, saya akan buat yang terbaik sampai saya menang insya-ALLAH.
Ujar Am ringkas ketika menghadiri acara berprestij Festival Filem Malaysia ke-29, Sabtu lalu.
Berbicara mengenai kerjaya seni yang masih hijau, Am memiliki bakat yang tersendiri menerusi bidang lakonan mahupun model, bonusnya di sini dek kerana memiliki pesona yang menarik namun itu bukanlah menjual rupa paras semata-mata.
Antara karya lakonan aktor berbadan sasa ini pernah membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer, Gantung, Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana, Syurgaku Tak Sempurna dan banyak lagi.

Manakala dilayar lebar pula, Dorm Melati dan Banglo Berkunci.

Diajukan motif dan objektif Am dalam pembabitan pencarian HR2017, jelasnya dengan rendah diri kerana mahu mendapatkan peluang dan ruang untuk menimba ilmu.
Am juga berhasrat untuk mengukir nama seperti Hero Remaja lalu.
Menyedari landasan ini telah menyaksikan ramai nama-nama besar hari ini seperti Kamal Adli, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Fizo Omar, Saharul Ridzwan dan ramai lagi telah berjaya dalam arena seni, saya juga mahu jadi seperti mereka.
Selain itu pastinya mahu merebut ilmu yang dicurahkan kepada kami.
Buat fans janganlah terlalu memberikan tekanan sangat. Kalau sayangkan Am dan mahu Am berjaya memahat nama seperti juara HR musim lalu, maka you all bertanggungjawab untuk memastikan Am menang ok.

Comments