Skip to main content

"Scha teringin sangat..." - Scha Alyahya


Pengacara popular dan bekas Dewi Remaja, Scha Alyahya tersenyum sipu sebaik mengakui "mengidam" sejak setahun yang lalu.
Scha seorang yang gemarkan fesyen dan sebelum ini pun pernah mempunyai perniagaan fesyen, namun sederhana saja yang terletak di Damansara.
Dan setahun yang lalu Scha ada beritahu Awal di mana saya teringin sangat nak ada butik sendiri. Jadi sejak hari itu kami berdua menyimpan hasrat sambil menimba ilmu.

Jelas Scha yang juga kini merupakan hos Pencarian Hero Remaja 2017.

Baca: Siapa pula Noir dihati Awal Ashaari?

Mempunyai pengikut yang sentiasa memberikan sokongan (ketika artikel ini ditulis) Scha, 34, kini sudah mempunyai pengikut sebanyak 3.9 juta di laman Instagramnya.

Scha ketika ditemui Sensation2u pada majlis perasmian Butik Scha-Wal bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada petang tadi, berkongsi rasa syukur dan terujanya kerana ilham setahun lalu kini menjadi kenyataan.

Pada masa sama Awal turut memberitahu, pertama kali berkecimpung dalam dunia fesyen tentunya ada membuat penyelidikkan dan berjumpa dengan beberapa ahli perniagaan.

Minat saya sama dengan Scha dan juga pernah ada perniagaan sederhana tetapi alhamdulillah hari ini ilham jadi kenyataan.
Kami berdua ada juga belajar tentang fesyen dengan mereka yang berpengalaman, contohnya seperti insan yang saya sudah anggap seperti abang sendiri iaitu Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel.

Menyelami dengan lebih lanjut adakah pasangan itu sudah mempunyai sasaran untuk membuka cawangan seterusnya ini jawap Awal;
InsyaALLAH, melihat lakaran kejayaan Jakel yang sudah mendominasi beberapa kawasan seperti di Shah Alam dan beberapa tempat lain, saya juga akan ikut jejak langkah kejayaan mereka
Tahniah Scha-Wal diatas kejayaan new born baby pada hari ini. Psst: Sensation2u tengok belum butik dilancarkan tadi sudah ada pembeli. Berkat barakah Jumaat sebagai pembuka pintu rezeki.

Comments