Skip to main content

Siapa pula Noir di hati Awal Ashaari?


Mengakui dirinya seorang yang cerewet dalam pemilihan pemakaian dan termasuklah bauan dirinya, Awal Ashaari menerusi satu sidang media, terbuka mendedahkan siapakah gerangan disebalik nama tersebut.
Pun begitu, jangan terlalu cepat melatah, Noir yang dinyatakan itu adalah produk wangian terbaru Noir by Awal Ashaari yang diproses dan dibotolkan dari Sepanyol, Eropah.

Baca: "Scha teringin sangat..." - Scha Alyahya
Noir begitu dekat dengan saya kerana wangiannya maskulin dan memberikan keyakinan dalam apa jua keadaan.
Lelaki cenderung memilih bauan yang agak macho, dan inilah wangian yang akan disukai oleh golongan wanita untuk pria mereka.
Ujar Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 36, kepada Sensation2u ketika menghadiri majlis perasmian butik pakaian Scha-Wal sekali gus mengeluarkan wangian kedua mereka bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur, petang tadi.

Sementara itu Silver Rose by Scha pula tampil manis dengan haruman bunga bungaan segar dan suntikkan lemon yang mampu memikat hati si pemakai.

Untuk rekod, sebelum ini Awal Ashaari dan Scha Alyahya, 34, telah berjaya merekodkan jualan yang memberangsangkan dengan jenama Blèu by Awal dan Maroòn by Scha, kedua-duanya berharga Rm49.

Tahniah Sensation2u ucapkan dan semoga terus sukses Scha-Wal

Comments