Skip to main content

Surat terakhir arwah tahfiz ITTIFAQIYAH


Pilu dan sayu hati bila pagi ini kita menerima perkhabaran mengenai Sekolah Tahfiz Ittifaqiyah telah dijilat api.

Sensation2u juga difahamkan menurut sumber pihak berkuasa, seramai 21 pelajar tahfiz meninggal dunia dan dua lagi ustaz, Ustaz Amirul dan Ustaz Yusuf.

Sementara itu, masih ada lagi sebilangan pelajar yang tercedera ketika kejadian berlaku dan kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk diberikan rawatan.

Untuk makluman dari Trafik Kuala Lumpur, kejadi kebakaran itu terjadi pada pukul 5.30 awal pagi tadi di Kerama Hujung, Kuala Lumpur.
Berikut merupakan warkah terakhir yang dijumpai;
Ibu dan ayah saya minta maaf kalau ada buat salah apa-apa. Ibu ayah saya sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga saya selama ini. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa budi ayah dan ibu, hanya ini saja yang saya mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga firdaus.
Sama-sama kita doakan semoga arwah anak-anak ini ditempatkan bersama golongan shuhadah. Amin. Takziah buat keluarga mangsa.

Bagi tujuan derma boleh buat menerusi akaun sekolah tahfiz Ittifaqiyah;

Comments