Skip to main content

Syamel, Indah antara 12 bintang afmegastar 2017

Selepas dua minggu konsert homecoming afmegastar berlangsung akhirnya sudah terjawab dan 12 peserta terpilih ke peringkat seterusnya.

Antara 12 bintang tersebut terdiri daripada Indah, Syamel, Adira, Amir, Syamel, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Sufi Rashid, Ewal, Azhar.

Tahniah Sensation2u ucapkan buat kesemua 12 bintang afmegastar dan semoga tuah menyebelahi diri anda serta buat yang terbaik untuk menebus kekurangan lalu.

Bila menyanyi jangan terlalu bermain api perlu bersederhana saja dan jangan terlalu kontrol sampai tak terkeluar.
Ujar juri profesional, Tok Ram kepada Indah.
Kerja keras supaya lebih produktif. Fahami mood lagu walaupun ada perubahan. Ianya bagus tetapi fahami bila muzik itu diubah.
Kamu bila menyanyi di atas pentas mahupun dalam rakaman memang tak ada masalah. Perjalanan muzik itu cuba faham. Pun begitu kamu mempunyai jiwa yang ballet. Saya harap kamu cepat kaya.
Komen Tok Ram kepada Syamel.

Untuk rekod, peserta akan bersaing bagi merebut satu gelaran juara afmegastar selama lapan minggu sahaja.

Comments