Skip to main content

Syurga Yang Sempurna buat Isa Khan AF 2016


Bekas pelajar Akademi Fantasia musim lalu yang lebih dikenali Isa Khan difahamkan tidak lama lagi akan mengeluarkan buah tangan sulung kepada peminat yang telah lama menantikan karyanya.

Isa Khan atau nama penuhnya Mohammad Fara Aidi Ali Khan Dad Khan, terdahulu pernah memberitahu beliau akan memberikan sepenuh komitmen terhadap seni nyanyiannya selepas projek teaternya tamat.



Baca: Ada sebab lain kenapa Madonna berpindah ke Portugal

Menerusi akaun Instagram Isa, 23, beliau ada berkongsi sebuah gambar dan rakaman di sebalik tabir ketika dalam proses pembikinan lagu berjudul, Syurga Yang Sempurna. Wow macam tajuk filem pula kan.

Sementara itu, dapat juga dilihat rata-rata peminat begitu merindui suara Isa dan saban hari ada saja yang meninggalkan komen bertanya khabar dan sokongan terhadap Isa.

Baca: 7 artis remaja lelaki pujaan ramai



Tentunya, comeback Isa Khan bakal meletup! Mana tidaknya, suara dah ada, siap pakej mensasakan badan. Mereciklah mereka yang menatap tu nanti Isa. Jaga-jaga.

A post shared by Me Against The World ™ (@theisakhan) on
#instagram theisakhan

Comments