Skip to main content

"Tak nak terlalu selesa" - Faye Kusairi

Meskipun Faye Kusairi mengagumi dan berpuas hati dengan hasil filem Tombiruo namun beliau mengakui tidak suka melihat dirinya sendiri berlakon.

Ini kerana menurut aktres berusia 30 tahun itu, dia enggan berasa begitu selesa atas hasil lakonan yang telah diberikannya, sebaliknya lebih menghargai ilmu dan nasihat untuk memperbaiki kekurangan lakonannya.
Saya memang tak pernah suka tengok diri sendiri berlakon (ketawa), contoh kalau saya baik dalam bermain badminton dan lumba kereta di litar, dan apabila semua orang puji bagi saya pula, saya sepatutnya kena lakukan itu dan ini supaya saya tak terlalu selesa dalam keadaan tersebut.
Dengan itu kita akan sentiasa belajar, ibarat jag air yang isinya separuh supaya orang akan sentiasa curahkan ilmu terhadap kita sampailah kita menerimanya.
Baca: Michael Chen buktikan muka jambu boleh bawa watak jahat

Jelas Faye ketika menghadiri malam gala tayangan perdana Filem Tombiruo: Penunggu Rimba, bertempat di MBO Starling Mall, Damansara, Selasa lalu.

Saksikan lakonan Faye Kusairi sebagai Salina dengan gandingan mantap pelakon hebat Faizal Hussein sebagai bapa, Pondoluo, Zul Ariffin sebagai Tombiruo atau Ejim, Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai wartawan jenayah, Wan Suraya.

Manakala Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Dynas Mokhtar sebagai Baizura dan Hasnul Rahmat sebagai Juslan.
Filem bermula 12 Oktober depan ini diadaptasi daripada novelis tersohor Ramlee Awang Murshid, sebuah karya novel siri pertama Tombiruo: Penunggu Rimba.
Untuk rekod, filem ini juga merupakan hasil kerjasama antara Grup Buku Karangrkaf, Astro Shaw, dan Ideate Media.

A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on

Comments