Skip to main content

(TAKZIAH) Sultan Kedah Mangkat



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Sultan Kedah Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah telah kembali ke rahmatullah.

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah difahamkan pada jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

Baginda adalah satu-satunya Raja-raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan yang ke-14 (13 Disember 2011 - 13 Disember 2016).

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim pada 28 November 1927.

Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud yang kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Sama-sama kita doakan semoga Almarhum ditempatkan didalam syurga firdausi. Amin.

#UtusanMalaysia #Malaysiakini

Comments